Penerbitan Selamat Datang Ke Panggung Suara

Menurut vokalis Pitahati, Ilham, album Selamat Datang Ke Panggung Suara dirakamkan secara langsung dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan. Album ini tidak dirakam di dalam studio sebaliknya di dalam sebuah bilik yang diubah suai untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Ia juga dirakam secara digital dan juga analog.[3] Selamat Datang Ke Panggung Suara dihasilkan selepas Pitahati diberi tanggungjawab untuk menghasilkan muzik tema untuk filem Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha.[3]

Sewaktu rakaman album ini dijalankan, Pitahati terpaksa berhenti membuat rakaman ketika waktu hujan kerana tidak mahu bunyi hujan itu turut terakam dan menyebabkan proses rakaman selesai selewat-lewatnya jam 5.00 pagi.[4][5]